36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Saya ‘ditembak’ kerana KJ yang mengkritik – Khairy

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan beliau tidak berniat untuk bersikap biadap dengan memberi pandangan mengenai bagaimana UMNO harus menghadapi kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, pandangannya agar parti itu harus bergerak ke hadapan selepas bekas Perdana Menteri didapati bersalah merupakan perkara yang difikirkan kebanyakan ahli tetapi tidak berani untuk dinyatakan secara terbuka.

“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir, cuma mungkin (mereka) takut untuk sebut,” ujarnya seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga melontarkan pendapat hampir sama, namun hanya beliau menjadi sasaran pengkritik.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, UMNO tidak perlu diheret sekali dalam kes Najib yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International, baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun ahli parti itu berhak menyatakan sokongan terhadap Najib, namun ini adalah masa bagi UMNO terus bergerak ke hadapan yang mendapat kritikan hebat dari para penyokong Najib.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya.
“Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej (nya) sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.

“Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, UMNO akan terus dipandang serong oleh rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu sebelum itu, Tengku Razaleigh menggesa Najib dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi agar memberi laluan kepada muka baru bagi menerajui parti itu.

“Saya tiada niat untuk biadab terhadap Najib. Beliau ada hak untuk buat rayuan. Saya cuma mahu Umno pandang dan bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Tambahnya, beliau juga sedar kenyataan tersebut akan mengundang kecaman meskipun hanya ‘menyampaikan kebenaran walaupun pahit’. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan