32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mukhriz sahkan anak, menantu ditahan polis

Mesti Baca

SLIM RIVER – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan, anaknya Meera Alyanna dan menantu, Ezran Daud Cheah ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub di Kuala Lumpur baru-baru.

Kedua-dua mereka didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana berada pusat hiburan melebihi masa yang dibenarkan.

Mukhriz berkata, beliau kecewa kerana kedua-duanya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mereka wajar didenda maksimum sebanyak RM1,000.

“Memang benar anak dan menantu saya dibawa ke balai (polis) bersama dengan 27 orang yang lain atas kesalahan melanggar PKPP.

“Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ni, janganlah langgar, kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik. 

“Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun,” katanya di Felda Besout, Perak hari ini.

MUKHRIZ MAHATHIR

Mukhriz pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Polis Kuala Lumpur kerana mengambil tindakan tegas dan adil terhadap anak perempuan, menantunya dan 27 individu yang lain.

Advertisements

“Kalau hari tu, dia bagi diskaun, silap-silap saya dan Tun ( Dr Mahathir Mohamad) dituduh mencampuri urusan polis, dan dituduh beri keistimewaaan kepada anak dan menantu.

“Selain mengurangkan kompaun, kita bersyukur tak dinaikkan kompaun, nanti jadi penganiayaan pula kepada mereka berdua,” katanya menambah, kompaun itu telah dijelaskan kedua-duanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang anak kenamaan (VIP) antara pengunjung ditahan berada di premis berkenaan yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Sementara itu, Meera Alyanna atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz didapati telah menutup akaun Instagramnya dipercayai susulan penahanan tersebut.

Instagramnya yang mempunyai hampir 200,000 pengikut dipercayai sudah dinyahaktif.

Pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan