31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mukhriz sah bertanding pertahankan Parlimen Jerlun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengesahkan, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun.

Pengesahan itu dibuat olehnya menerusi rakaman video.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau memohon mandat baru sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya memohon sokongan dan undi tuan-tuan dan puan-puan warga Jerlun menjelang PRU-15 ini.

“Dengan penuh rendah diri, saya dan seluruh parti Pejuang Tanah Air yang menjadi komponen gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) mohon diberi kepercayaan untuk berkhidmat bagi seluruh rakyat di Parlimen Jerlun sekali lagi,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Jerlun yang telah memberinya peluang berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Saya amat terharu dengan sokongan yang tak berbelah bahagi yang diberikan semasa kami menjadi kerajaan dan semasa menjadi pembangkang. Sokongan yang sentiasa konsisten itu sangat kami hargai,” katanya.

Beliau memberitahu, sepanjang bergelar wakil rakyat di situ, pelbagai pembangunan dilakukannya dan pelbagai bantuan disalurkan kepada penduduk.

Kata Mukhriz, antaranya, pembangunan seperti membina dan menaik taraf prasarana seperti kompleks sukan, projek perumahan rakyat, melebarkan jalan dan membina sekolah-sekolah baharu.

Pada PRU-14, Mukhriz yang bertanding atas tiket Bersatu memenangi kerusi Parlimen Jerlun dengan menewaskan Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz dan Calon Pas Abd Ghani Ahmad dengan 5,866 undi.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan