31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kluster Tawar, Sivagangga mungkin daripada sumber sama

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sampel virus Covid-19 yang diambil daripada Kluster Tawar dan Sivagangga mendapati ia mungkin berasal daripada sumber yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata analisis menunjukkan bahawa sampel virus daripada kedua-dua kluster itu tidak hanya membawa mutasi D614G, tetapi juga daripada kumpulan organisma dari keturunan yang sama (clade).

Menurutnya, sebanyak 14 sampel daripada Kluster Tawar diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dengan empat daripada sampel virus itu mempunyai mutasi D614G.

“Virus Kluster Tawar ini (empat sampel) dibandingkan dengan tiga sampel virus daripada Kluster PUI Sivagangga dan hasil menunjukkan ketujuh-tujuh virus ini daripada clade sama,” katanya hari ini.

EMPAT daripada 14 sampel virus diuji MRI mendapati terdapat mutasi D614G

Dr Noor Hisham menjelaskan, perkembangan itu mencadangkan Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga kemungkinan besar daripada sumber sama.

Namun katanya, siasat lanjut masih dijalankan selain aktiviti kesihatan awam seperti pengesanan aktif kes dan kontak untuk membendung penularan jangkitan Covid-19, penilaian risiko bagi Kluster Tawar turut dilaksanakan.

“Penilaian risiko mendapati taburan kes positif Covid-19 tidak tertumpu hanya di suatu lokaliti, penularan dilaporkan berlaku daripada kes asymptomatic serta virus D614G sama dengan virus Kluster PUI Sivagangga.

Advertisements

“Selain itu, kawasan penempatan agak padat; banyak pergerakan penduduk di dalam dan di antara daerah serta liputan saringan penduduk yang masih rendah (kadar positiviti lebih daripada satu peratus),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, buat masa ini, tiada kanak-kanak daripada Kluster Tawar dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, seramai 21 kanak-kanak disahkan positif wabak Covid-19 daripada keseluruhan 73 kes kluster berkenaan.

“Ini bermakna kanak-kanak mampu melawan penyakit, tetapi mereka tetap berisiko terkena jangkitan.

“Kesemua kanak-kanak terbabit kini dirawat di hospital dan dipantau secara rapi,” katanya.

Beliau menambah, kanak-kanak terbabit diyakini pulih sekiranya diberi rawatan.

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan