25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Microsoft bakal ambil alih aplikasi kontroversi TikTok

Mesti Baca

WASHINGTON – Microsoft merancang untuk menyelesaikan rundingan dengan syarikat induk TikTok, Bytedance, berkaitan pembelian aplikasi perkongsian video yang berpangkalan di China itu selewat-lewatnya pada 15 September, lapor agensi berita Sputnik.

“Microsoft akan segera meneruskan perbincangan dengan ByteDance, dalam beberapa minggu untuk menyelesaikan perkara itu selewat-lewatnya pada 15 September 2020. Semasa proses ini, Microsoft berharap dapat meneruskan dialog dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) termasuk Presiden,” kata Microsoft dalam satu kenyataan pada Ahad.

Presiden Donald Trump memberitahu wartawan pada Jumaat, beliau merancang untuk mengharamkan TikTok beroperasi di AS, kerana ia dilihat berpotensi menjadi pesaing YouTube dan Facebook dan akan mempertimbangkan pilihan alternatif.

Advertisements

“Susulan perbualan antara ketua pegawai eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella dan Presiden Trump, Microsoft bersedia meneruskan perbincangan untuk meneroka pembelian TikTok di AS,” kata Microsoft dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, TikTok akan tertakluk kepada aspek keselamatan yang lengkap dan semua data peribadi pengguna TikTok Amerika akan dipindahkan ke AS. Ketelusan akan terpelihara dan adanya pengawasan kerajaan bertujuan untuk menjamin keamanan, kata Microsoft.

Sebelum Trump mengeluarkan kenyataan kemungkinan untuk mengharamkan TikTok, Microsoft sudah mengadakan perbincangan lanjut dengan ByteDance mengenai pembelian itu. – Agensi

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan