29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Kes bunuh pensyarah UIAM, anak mangsa luah rasa rindu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Catatan dan luahan hati anak tunggal kepada mangsa bunuh yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapat simpati orang ramai termasuk rakan arwah yang memberi kata-kata semangat.

Remaja perempuan itu menerusi hantaran Facebook memaklumkan dia amat merindui dan amat menyayangi ibunya.

“Hana harap mama tahu, yang mama sentiasa disayangi orang di keliling mama. Hana sentiasa sayang mama. Terima kasih mama.

“Mama ditimpa ujian demi ujian lalu tiba masanya untuk mama pergi. Hana rindu mama sangat-sangat. Semoga kita ditemukan semula arwah mama sayangku. Al Fatihah,” tulisnya.

DR MAIZATULNIZA OTHMAN

Ibunya berusia 40 tahun itu dipercayai dibunuh bekas suami sebelum mayatnya ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil di Sepang, Khamis lalu.

Suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

Lelaki itu dipercayai tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan perceraian menyebabkan dia tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, rakan sekolah menengah mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kehilangan mangsa melalui perkongsian maklumat oleh rakan-rakan di kumpulan WhatsApp.

Advertisements

“Saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila mengetahui berita itu tambahan kami dan arwah sangat rapat sejak sekolah menengah lagi.

“Kali terakhir saya dapat bertemu mangsa adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu apabila dia berkunjung ke rumah saya di Sungai Petani, Kedah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, arwah seorang yang merendah diri dan tidak sombong.

“Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

“Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna, ” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak mengucapkan takziah kepada keluarga pensyarah dan kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan di atas kehilangan mangsa, Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman yang meninggal dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek direman sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan