25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hak siaran Piala Dunia: Ini bohong apa pula? – Puad Zarkashi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pendedahan 101 projek runding terus oleh Kementerian Kewangan semalam menimbulkan seribu persoalan berhubung bayaran hak penyiaran Piala Dunia FIFA pada tahun 2018.

Berdasarkan laporan kementerian itu, tender runding terus sebanyak RM29.9 juta telah dibuat kepada syarikat Sport Media & Distributor Sdn Bhd.

MOHD PUAD ZARKASHI

Bagaimanapun, ia menimbulkan persoalan memandangkan pada 3 Jun 2018, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu memaklumkan kos siaran langsung Piala Dunia sebanyak RM30 juta diserap sepenuhnya oleh pihak penaja.

Pada 11 Jun, syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tampil sebagai penaja utama penyiaran kejohanan itu untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kenyataan Maxis yang dipetik dari Astro Awani itu menyebut, stesen televisyen awam itu akan menyiarkan 41 perlawanan dengan 27 daripadanya siaran langsung manakala selebihnya merupakan siaran tertunda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ketika mempersoalkan perkara itu berkata, jika benar duit penajaan sudah mencukupi, untuk apa pula tender rundingan terus tersebut dibuat?

LIM GUAN ENG

“Kata satu sen pun duit kerajaan tidak akan digunakan. Ini bohong apa pula ni? Tidak habis habis berbohong,” kata Puad dalam Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu sidang Parlimen bahawa kerajaan telah meluluskan 101 perolehan rundingan terus membabitkan jumlah RM6.61 bilion semasa di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Pendedahan yang ‘memeranjatkan’ itu menyebabkan pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Guan Eng sendiri mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan senarai 101 projek tersebut.

Malahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menggesa kementerian menyenaraikan projek-projek rundingan terus bagi menyiasat sama ada berlaku salah laku atau sebaliknya.

Menyahut desakan itu, semalam, kementerian telah mengeluarkan senarai penuh perolehan tersebut dan kementerian yang terlibat.

Bagaimanapun Guan Eng menuduh Tengku Zafrul membuat ‘penipuan besar’ dan merupakan taktik jahat kerajaan Perikatan Nasional (PN) berikutan pendedahan butiran projek-projek tersebut. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan