25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rakyat Prihatin lancar petisyen kekal Khairuddin sebagai menteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Walaupun DAP berterusan mendesak agar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meletak jawatan, majoriti rakyat Malaysia tidak berkongsi pandangan yang serupa.

Hakikat itu dapat dilihat melalui petisyen dalam laman sesawang Change.org yang dimulakan oleh individu yang hanya mahu dikenali sebagai Rakyat Prihatin.

Petisyen itu menyatakan Mohd Khairuddin seharusnya dikekalkan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memandangkan prestasi pasaran komoditi seperti sawit dan getah serta yang lain meningkat di bawah pentadbiran beliau.

“Setiap sudut industri komoditi beliau terokai dan pastikan semuanya mendapat perhatian dan terbela.

“Kami mahu Dr Khairuddin teruskan usaha beliau,” jelas petisyen tersebut.

Setakat ini, lebih 16,000 orang telah menandatangani petisyen yang boleh dicapai melalui pautan http://chng.it/wDGzrtjn.

Mohd Khairuddin sedang berdepan dengan isu melanggar perintah kuarantin wajib di rumah selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan mengesahkan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kerana tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Kompaun itu telah dikenakan dan dijelaskan oleh beliau pada 7 Ogos lalu.

Gambar hiasan: Facebook Ust Dr Khairuddin at-Takiri

Sektor agrikomoditi mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM82 bilion sepanjang Januari hingga Jun lalu, meningkat 2.7 peratus berbanding RM79.8 bilion yang direkodkan pada 2019.

Pendapatan eksport produk-produk agrikomoditi adalah sebanyak RM63.7 bilion atau 14.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara bagi tempoh tersebut.

Nilai berkenaan meningkat sebanyak 4.4 peratus berbanding RM61.1 bilion yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan harga agrikomoditi utama iaitu harga purata minyak sawit mentah (CPO).

Produk berasaskan sawit yang merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 51.8 peratus daripada jumlah eksport barangan agrikomoditi mencatatkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus kepada RM33 bilion.

Kuantiti eksport produk berasaskan sawit mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 12.3 peratus kepada 12 juta tan.

Advertisements

Pengecualian 100 peratus duti eksport bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun lalu dijangka dapat mendorong permintaan dunia ke atas minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia.

Kesan pengurangan duti import sebanyak lima peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN–India (AIFTA) mulai 1 Januari lalu dijangka mampu merangsang kembali eksport minyak sawit Malaysia ke India.

Khairuddin
Gambar hiasan: Facebook Ust Dr Khairuddin at-Takiri

Peningkatan ini adalah disebabkan oleh nilai eksport produk berasaskan lateks terutama sarung tangan getah yang telah merekodkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 40.3 peratus kepada RM11.8 bilion berbanding RM8.4 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Kuantiti eksport bagi sarung tangan getah turut mencatatkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 48 peratus kepada 563 ribu tan berbanding 380 ribu tan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

Produk berasaskan kayu-kayan telah menyumbang sebanyak 15.1 peratus kepada eksport barangan agrikomoditi.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, nilai eksport adalah sebanyak RM9.6 bilion, menyusut sebanyak 9.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Eksport produk-produk koko yang menyumbang sebanyak 4.9 peratus kepada eksport barangan agrikomoditi mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8 peratus kepada RM3.1 bilion.

Nilai eksport lada merekodkan penurunan sebanyak 20 peratus kepada RM51.9 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Eksport produk-produk agrikomoditi ke Amerika Syarikat meningkat 24.9 peratus ke RM9.6 bilion.

Produk sarung tangan getah meningkat sebanyak 25.9 peratus kepada RM3.9 bilion.

Eksport produk-produk agrikomoditi ke China meningkat 20 peratus kepada RM9 bilion.

Nilai dan kuantiti eksport minyak sawit meningkat masing-masing sebanyak 69.9 peratus dan 34 peratus kepada RM3.2 bilion dan 1.2 juta tan.

Berhubung prestasi purata harga domestik agrikomoditi utama bagi tempoh Januari hingga Jun lalu berbanding tempoh yang sama pada 2019, purata harga CPO meningkat 21.8 peratus kepada RM2,433.50 per tan berbanding RM1,998.00 per tan manakala purata harga CPO pada 21 Ogos 2020 meningkat kepada RM2,785.50 per tan dan purata harga getah asli (SMR 20) menurun 13.3 peratus kepada RM5.15 sekilogram berbanding RM5.93 sekilogram.

Berdasarkan prestasi perdagangan sektor agrikomoditi bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, prestasi perdagangan itu akan kekal positif sepanjang tahun. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan