27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Cuaca panas sehingga bulan depan, waspada ancaman strok haba

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan depan perlu diambil perhatian serius.

Maklumat yang diperoleh dari infosihat.gov, cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Malah, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas dan simptom itu dilihat menerusi gejala seperti sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot–otot atau kekejangan serta mual dan muntah.

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Ini berbahaya kepada mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

METMALAYSIA meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan. – foto FACEBOOK

Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, penghidap penyakit sistem pernafasan, penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, cuaca panas itu berlaku sejak hujung bulan lalu disebabkan kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan.

Katanya, kekurangan hujan dan litupan awan itu dipengaruhi tiupan monsun barat daya.

Advertisements

“Keadaan ini mengakibatkan suhu di kebanyakan tempat yang direkodkan antara 33 hingga 34 darjah celsius, bagaimanapun suhu berkenaan tidaklah begitu tinggi.

“Cuaca panas ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal,” katanya.

Walaupun suhu panas diramal tidak menjejaskan penduduk di Sabah dan Sarawak, Dr Mohd Hisham memberitahu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan kendiri selain menghabiskan lebih banyak waktu di rumah.

“Biasanya bila suhu panas begini, masalah kualiti udara yang kurang boleh berlaku kerana tidak ada hujan.

“Jadi elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kurangkan masa berada di luar rumah,” katanya.

Selain itu, minum air kosong yang banyak juga membantu mengelak masalah dehidrasi di samping mengelak pengambilan minuman kafein, alkohol dan gula yang tinggi.

Jika berdepan masalah suhu panas, anda boleh mengambil langkah antaranya, keluar dari kawasan yang panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.

Selain itu, anda boleh menggunakan kipas untuk menyejukkan badan dan minum air setiap 15 minit. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan