25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO jangan terheret bahas isu calon PM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

“Arahan telah dikeluarkan kepada ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerajaan PN daripada terus diganggu pembangkang,” katanya hari ini.

Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan itu dipercayai setelah beberapa pemimpin dan veteran UMNO menyuarakan rasa tidak senang dengan pendirian yang disuarakan Setiausaha Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO dan PAS bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri ketika menghadapi PRU15.

Ahmad Zahid berkata, UMNO kini memberi keutamaan kepada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Katanya, fokus UMNO ketika ini adalah untuk memastikan isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang semakin tertekan dalam menghadapi bebanan pasca Covid-19.

“Semua menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional (BN) telah diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang terkesan oleh pandemik Covid-19,” jelas Ahmad Zahid.

Advertisements

Berikutan kenyataan Annuar, beberapa pemimpin UMNO menzahirkan rasa kurang senang termasuk pemimpin veteran parti, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang berpandangan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum menetapkan perkara itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula berkata, parti itu tidak harus terburu-buru mengehadkan pendiriannya walaupun ketika ini Muhyiddin yang dinamakan sebagai calon.

Kerajaan PH yang menjadi kerajaan selepas PRU 2018 tumbang selepas Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH bagi membentuk PN.

Mahathir selaku pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, telah memberi amaran bahawa Bersatu akan berdepan masalah pada PRU15 memandangkan akan wujud pertindihan kawasan pilihan raya dengan UMNO dan PAS.

Sesetengah pemimpin UMNO mahu perdana menteri datang dari parti itu sendiri, dan percaya ia perlu menjadi parti paling dominan dalam kerajaan sekiranya menang dalam PRU akan datang.

Usaha dikatakan sedang dijalankan bagi merasmikan kerjasama PN sebagai satu gabungan, serta untuk berbincang mengenai agihan kerusi antara parti komponen dalam PRU akan datang.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan