Friday, July 24, 2026

Piala FA: Chelsea mara ke final bertemu Arsenal

Mesti Baca

CHELSEA mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali ketiga dalam empat musim selepas menewaskan Manchester United 3-1 di Stadium Wembley pada Ahad (awal pagi ini waktu Malaysia).

Olivier Giroud dan Mason Mount berjaya mengatasi David De Gea sekali gus membuka peluang kepada Frank Lampard untuk menjulang trofi pertama sebagai pengurus.

Gol sendiri oleh Harry Maguire menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti.

Chelsea akan menentang Arsenal di Wembley dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 1 Ogos ini selepas kelab London itu menundukkan sebuah lagi kelab dari Manchester, City 2-0 di separuh akhir.

The Blues dan Gunner tampil 33 kali dalam final Piala FA dan masing-masing memenangi 21 perlawanan. Arsenal menewaskan Chelsea dalam final tahun 2002 dan 2017. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan