25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Pertimbang banyak perkara sebelum terima Bersatu – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO mengalu-alukan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) sekiranya ia mampu memperkukuhkan kuasa politik Islam dan bumiputera.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyuarakan padangan beliau menegaskan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum menerima Bersatu menyertai gabungan itu.

Jelasnya, apa saja keputusan daripada MN selepas ini pastinya akan melalui proses perbincangan antara UMNO dan Pas terlebih dahulu.

“Prinsip kita apa juga yang boleh memperkukuhkan kuasa politik Islam, Bumiputera yang merupakan bangsa teras dan agama tunjang bagi negara ini, sudah tentu kita alu-alukan.

“Cuma banyak perkara kita pertimbangkan dengan kehadiran Bersatu ini. Ini yang saya rasa perlu diperhalusi, bukan sahaja di peringkat pimpinan UMNO dan Pas tapi pimpinan parti masing-masing,” katanya yang dipetik Astro AWANI hari ini.

Asyraf memberitahu, prinsip gabungan itu sejak daripada dulu tidak berubah, iaitu untuk memastikan kuasa politik Melayu dan Islam sentiasa diperkukuhkan.

Dalam pada itu, Asyraf memaklumkan setakat ini masih belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung hasrat Bersatu itu namun Asyraf memaklumkan gabungan itu akan bermesyuarat pada minggu hadapan.

“Apa saja yang boleh memperkukuhaan MN, boleh dipertimbangkan termasuklah hasrat Bersatu untuk sertai Muafakat Nasional cuma kita belum lagi lah buat apa-apa keputusan kerana dalam minggu depan baru kita akan bermsyuarat,” ujarnya.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat untuk menyertai MN, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu sidang media pada Khamis, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, hasrat Bersatu itu akan dibincangkan bersama dengan Pas untuk diperhalusi.

Selain itu, beliau berkata, UMNO juga telah membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebaliknya memberi komitmen memperkasakan Muafakat Nasional bersama-sama dengan Pas dan komponen Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Pas pula akan terus memperkasakan jalinan kerjasama antara parti, termasuk dengan UMNO, menerusi MN.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan parti dalam PN tetap akan diteruskan.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan, tiada masalah untuk meneruskan kerjasama dengan parti dalam PN. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan