25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Kenyataan DAP, Amanah tiada fokus, demi jaga hati Mahathir, Anwar?

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

KUALA LUMPUR – Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia menerima cadangan atau pendirian DAP dan Amanah yang tetap meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri?

Persoalan itu dibangkitkan berikutan dalam kenyataan bersama hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan;

“Jalan ke depan ialah dengan memberikan peluang pertama kepada Datuk Seri Anwar dan sekiranya beliau gagal, Datuk Seri Shafie (Apdal) wajar diberikan peluang yang serupa; kedua-duanya dengan berasaskan sokongan kukuh 109 orang Ahli Parlimen.”

  • Siapa capai angka 112 ahli Parlimen jadi PM?

Menurut mereka, sama ada Anwar atau Shafie, dengan berbekalkan 109 Ahli Parlimen, sesiapa yang berjaya mendapat angka untuk mencukupkan angka 112 Ahli Parlimen, wajar diberi peluang mengetuai kerajaan gabungan itu nanti sebagai Perdana Menteri.’’

Bagaimana kalau Anwar gagal dan Mohd.Shafie berjaya? Adakah Anwar akan memberi laluan kepada Ketua Menteri Sabah itu untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah Ketua Pembangkang?

Begitulah juga sebaliknya, jika Anwar berjaya mendapat angka 112, adakah Dr.Mahathir akan rela Anwar menjadi Perdana Menteri?

Sambil menggariskan prinsip-prinsip asas yang memandu kedua-dua parti itu, mereka menegaskan, persoalan mengenai siapa akan menjadi Perdana Menteri seterusnya tidak wajar menjadi halangan dalam usaha memulihkan mandat rakyat.

‘’Pilihan untuk terus kekal menjadi pembangkang hanya kerana kita gagal berkompromi untuk jawatan Perdana Menteri adalah tidak boleh diterima.

”Kegagalan untuk mencapai kesepakatan mengenai calon Perdana Menteri menunjukkan bahawa obsesi terhadap jawatan Perdana Menteri adalah lebih penting berbanding mandat pilihan raya rakyat Malaysia pada tahun 2018,’’ kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, mereka berkata, pentingnya setiakawan kesemua pasukan dan parti anti-Perikatan Nasional, yang diwakili oleh 109 Ahli Parlimen yang menentang penukaran Speaker Parlimen yang dilakukan secara tidak demokratik dan sewenang-wenangnya.

  • Tidak mahu mana-mana kumpulan dipinggirkan
Baca juga:   DAP kembali memerintah kerana UMNO tidak berubah

Menurut mereka, bilangan 109 Ahli Parlimen perlu menjadi asas untuk memulihkan kerajaan; bukan perkumpulan setakat 91 Ahli Parlimen tanpa Warisan dan kumpulan Dr.Mahathir dalam Bersatu, atau hanya 71 Ahli Parlimen tanpa PKR.

Baca juga:   Tiada jemaah haji disekat perjalanan ke Mekah - Imigresen

‘’Kami tidak bersetuju dengan idea bahawa Pakatan Harapan boleh berunding dengan sesiapa sahaja dengan berbekalkan 91 kerusi, dengan mengesampingkan kumpulan Tun Dr Mahathir dan Warisan.

”Kami juga tidak bersetuju dengan idea bahawa perubahan boleh berlaku dengan hanya 71 Ahli Parlimen, tanpa penglibatan 38 Ahli Parlimen PKR,’’ katanya.

Kenyataan itu seolah-olah menunjukkan DAP dan Amanah semakin gelisah melihat pertembungan tidak berkesudahan antara Dr.Mahathir dan Anwar berhubung calon Perdana Menteri daripada pakatan berkenaan.

Bagaimanapun persoalannya adakah cadangan DAP dan Amanah ini akan diterima oleh Dr. Mahathir yang semua orang tahu amat keberatan untuk menerima pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perkara ini turut diakui oleh Anwar dalam wawancara bersama Sin Chew Daily yang disiarkan semalam.

Dalam wawancara itu Anwar menegaskan, beliau percaya bahawa Dr.Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

‘’Entah bagaimana, dia kata ‘tidak,tidak,tidak..bukan itu yang saya maksudkan. Kamu (harus) buktikan (sokongan majoriti) sendiri,’’ kata Anwar.

  • Berharap kepada PH plus menang PRU

Turut menarik perhatian, DAP dan Amanah seolah-olah semakin luntur keyakinan mereka bahawa PH boleh menang pilihan raya tanpa sokongan kumpulan Dr.Mahathir dan Warisan apabila menegaskan;

‘’ Hanya Pakatan Harapan Plus yang melibatkan Pakatan Harapan, Warisan dan kumpulan Tun merupakan kombinasi boleh menang dalam PRU akan datang. Kekuatan bersama ini mesti menjadi premis asas, bukannya perkumpulan pembangkang yang berpecah-belah dan lemah.’’

Baca juga:   Kasihan Mahathir diperguna DAP, Anwar pula mungkin 'melopong lagi'?

Pada PRU-14, PH berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas mereka bergabung dengan Dr.Mahathir bagi meraih sokongan orang Melayu.

Mungkin atas keyakinan yang sama, mereka tidak mahu Dr. Mahathir dipinggirkan daripada PH, walaupun Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi punca kerajaan pakatan tersebut tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

  • Mahu tuntut semula kuasa kerajaan

Selain itu walaupun bercakap soal pilihan raya umum, namun kedua-dua parti itu dalam kenyataan tersebut menegaskan, sikap berputus asa daripada menuntut semula kuasa kerajaan bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan merupakan pengkhianatan terhadap pilihan rakyat pada 9 Mei 2018.

‘’Dengan tidak mencuba untuk menuntut kembali mandat itu secepat mungkin, kita hanya mengabsahkan Langkah Sheraton, sebuah kerajaan tanpa mandat, kesemua dasar-dasarnya yang tidak demokratik dan paling penting sekali, ketiadaan iltizam politik untuk membanteras rasuah dan memupuk ketelusan dalam urus tadbir. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku, ‘’ kata mereka.

  • Perlu jadi blok pembangkang berkesan
Baca juga:   Kalau bukan kerana PM, Kasturi masih di bawah landasan LRT?

Tetapi kenyataan yang sama juga menyentuh bagaimana PKR,DAP, Amanah, Warisan dan kumpulan Dr.Mahathir harus memastikan kerjasama yang erat untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang yang berkesan dan bersatu untuk mencapai ‘lima misi’ antaranya membina harapan dalam detik yang sukar ketika krisis politik ekonomi dan Covid019.

Kesimpulannya, kenyataan itu merangkumi soal siapa akan menjadi Perdana Menteri, tidak harus berputus asa untuk kembali berkuasa, perlu bersatu untuk menang pilihan raya dan menjadi blok pembangkang berkesan, tetapi apa sebenarnya mahu disampaikan dalam DAP dan Amanah?

Apakah kerana mahu menjaga hati Anwar atau Dr.Mahathir maka kenyataan tersebut dilihat bercelaru dan tiada fokus serta menimbulkan lebih banyak persoalan? Hanya kedua-dua parti itu sahaja yang ada jawapannya.

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan