26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sindiket warga tempatan dalang migran masuk Langkawi – APMM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Demi wang, segelintir masyarakat di Pulau Langkawi sanggup bersubahat menyeludup masuk migran ke negara ini tanpa menghiraukan soal keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi ABdullah berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan penduduk tempatan itu.

“Hasil siasatan mendapati, kemasukan migran ini ada kaitan dengan bot nelayan tempatan yang bertindak sebagai ‘transporter’ dan juga tekong darat di kalangan warga tempatan yang bersubahat menyeludup migran masuk ke Langkawi.

“Siasatan kami juga mengesan modus operandi sindiket ini menggunakan taktik menyeludup migran dengan memindahkannya dari bot induk yang berada berhampiran sempadan perairan negara ke bot-bot nelayan tempatan bagi mengaburi pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, 24 orang migran dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas selepas mereka didakwa terjun ke laut dari sebuah bot untuk berenang ke pantai Langkawi, kelmarin.

Namun, kesemua mereka ditemui selamat oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) di Pulau Rebak Besar kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Berikutan aduan seorang nelayan tempatan yang telah menjumpai seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya di Pulau Rebak Besar, APMM menggerakkan asetnya dan menemui seorang lelaki dilaporkan sebelum membawanya ke Jeti APMM Bukit Malut untuk siasatan.

Mohd Zawawi berkata, hasil siasatan lanjut ke atas migran tersebut dimaklumkan terdapat 26 lagi migran masih bersembunyi di pulau tersebut.

Ujarnya, ekoran maklumat yg diperolehi, bot KILAT dan Kapal KM GAGAH diarah ke lokasi yang sama dan hasil pencarian anggota penyelamat telah menemukan 26 orang lagi migran.

“Kesemua migran telah dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk siasatan lanjut dan saringan awal Covid-19 sebelum diserah kepada pihak Imigresen.

“Berikutan penemuan kesemua 27 migran tersebut, operasi SAR telah ditamatkan malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zawawi berkata, pihak ‘National Task Force’ dan APMM selaku salah satu agensi di bawahnya amat memandang serius sindiket penyeludupan tersebut dan akan terus menggiatkan usaha untuk meningkatkan kawalan dan pemantauan khasnya ke atas semua jenis bot di perairan ini.

“Kami berharap seluruh komuniti maritim berganding bahu dalam memerangi sindiket penyeludupan migran,” tegasnya.

Beliau menambah, sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750/ 04-966 5307. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan