34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Boleh balik kampung tetapi patuhi SOP

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidil Adha tahun ini sudah pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada sesiapa dibenarkan melakukan rentas negeri bagi menyambut Aidilfitri pada 24 Mei lalu.

Oleh itu sudah pasti, Aidiladha kali ini akan diraikan dengan penuh kemeriahan kerana ia peluang untuk semua umat Islam kembali ke kampung masing-masing sekali gus membolehkan mereka berhari raya bersama-sama.

Walaupun pada mulanya ada kebimbangan adakah perintah larangan rentas negeri akan dikuatkuasakan semula berikutan jumlah kes Covid-19 kembali meningkat, namun sudah pasti hari ini ramai yang menarik nafas lega apabila mendengar pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media hari ini, beliau mengumumkan orang ramai boleh pula ke kampung masing-masing berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri.

ISMAIL SABRI

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

Menurutnya, meskipun ada kebenaran, orang ramai perlu memastikan kesihatan dan keselamatan mereka diberi keutamaan.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan,’’ katanya.

Pengumuman ini sudah tentulah menggembirakan umat Islam yang majoriti sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung masing-masing.

Sama ada selepas ini akan berpeluang berbuat demikian lagi atau tidak, segalanya bergantung sejauh manakah mereka bersedia mematuhi SOP ditetapkan.

Masyarakat juga sepatutnya berganding bahu dengan mengingatkan setiap individu mematuhi SOP ditetapkan kerajaan terutamanya pemakaian pelitup muka di tempat awam dan melakukan penjarakan sosial.

Harus diingat, jika kes positif Covid-19 meningkat kepada tiga angka, sudah pasti PKP akan dilaksanakan semula.

Sudah tentu kita tidak mahu ia berlaku, kerana cukuplah pengalaman ‘memeritkan’ empat bulan lalu.

Kes Covid-19 di negara ini juga sudah merekodkan angka dua digit secara konsisten sejak kebelakangan ini sehingga Sarawak menguatkuasakan semula sekatan perjalanan mengikut zon.

Ini perkembangan yang tidak ‘sihat’ dan hanya pematuhan kepada SOP dapat mengelakkan kita daripada ancaman PKP dan dijangkiti Covid-19.

Untuk rekod, Malaysia merekodkan tujuh kes positif Covid-19 hari ini, terendah sejak 18 Julai 2020.

Namun jangan alpa, kes mungkin bertambah selepas umat Islam kembali semula ke rumah masing-masing setelah tamat cuti Hari Raya Aidiladha. Sayangi diri, patuhi SOP, kita jaga kita.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan