31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Calon PM: UMNO jangan gaduh-gaduh, carilah penyelesaian terbaik

Mesti Baca

TAHNIAH kepada BN, menang besar kat PRK Chini. Mungkin ada yang kata sebab PH tak tanding. Tu alasan saja. Kalau PH masuk lawan pun dah pasti kalah. Sebab tu depa awal-awal lagi tak tanding, bagi alasan Covid-19, sebenarnya takut kena ‘direct’ 6-0 kat BN.

Pada Tok Aba, kemenangan itu bukti betapa ‘powernya’ Muafakat Nasional (MN). Ni la benda paling PH takut. Sebab tu la bila UMNO dan Pas bersetuju untuk bekerjasama, puak-puak tu ‘menggelupur macam ayam kena sembelih’.

Macam-macam depa kata kat MN sampai terkeluar perkataan ‘’Malaysia boleh jadi negara Taliban’’. Depa nak takutkan orang bukan Melayu supaya tak sokong PN tapi mereka lupa, orang Melayu dah pakat dah, pilihan raya kali ini mereka akan tolak PH, cakap la apapun.

Tok Aba harap kerjasama dalam MN diperkukuhkan, pada masa sama jangan tinggalkan Perikatan Nasional (PN) sebab Bersatupun parti Melayu jugak.

Kalau tiga parti Melayu ada dalam tu, disokong pula oleh parti-parti lain termasuk MCA, MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, Insha-Allah, PN boleh menang besar dalam pilihan raya nanti.

Cuma Tok Aba harap elakkan konflik dalaman termasuk membuat kenyataan yang boleh mewujudkan persepsi ada masalah dalam PN khususnya UMNO berkaitan soal siapa nak jadi PM.

La ni Tok Aba tengok calon terbaik ialah Tok Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semua parti pun dah setuju, tapi Tok Aba juga setuju bila ada yang minta supaya soal pembahagian kerusi diselesaikan dulu.

Jadi bincang la elok-elok, jangan buat kenyataan ‘sedap mulut’ sahaja, tambah pula, bila dicampur dengan konflik politik peribadi atau kisah lama dalam politik di negeri masing-masing.

Tok Aba yakin mesti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin tidak boleh puas hati semua pihak tetapi sekurang-kurangnya boleh menyelesaikan masalah pembahagian kerusi dan calon PM.

PH tak ada modal, rakyatpun tak mau kat depa lagi, jadi jangan sampai PN pula ada konflik sehingga menjejaskan peluang untuk menang besar dalam PRU-15. Tok Aba tabik kat Pas yang terus konsisten mempertahankan pencalonan Tok Abah.

UMNO pun kena buat perkara yang sama, kecualilah kalau UMNO rasa dah cukup kuat untuk bertarung sendirian tanpa kerjasama dengan parti lain. Tok Aba bimbang isu sapa PM bukan sahaja boleh jejas hubungan dalam PN tetapi paling takut kalau turut gugat hubungan dalam MN.

Tapi setakat ini yang dok menyibuk ni beberapa orang sahaja dalam UMNO dan seorang dua yang tidak ada kaitanpun dengan MN.

Sokong Tok Aba bukan bermakna UMNO atau Pas tak ada calon sebab macam Tuan Ibrahim Tuan Man kata, ‘’Kita ada calon-calon (Perdana Menteri) lain, ramai, tetapi apa yang lebih penting Muhyiddin Yassin diterima oleh rakyat. Apa yang beliau buat setakat ini sangat baik untuk negara, jadi kita teruskan.’’

Tok Aba harap jangan ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang dilihat gelojoh hanya kerana pada masa ini UMNO ada banyak kerusi, tapi kita tak tau apa apa nak berlaku dalam PRU-15. Oleh itu bincang elok-elok dan beri kepercayaan penuh kepada barisan kepemimpinan parti untuk membuat keputusan terbaik.

Dan Tok Aba juga nak ingatkan, PRU-15 bukan sekadar nak cari sapa PM tetapi lebih mustahak lagi mahu mengembalikan kuasa politik orang Melayu. Jangan sampai impian itu tak tercapai hanya disebabkan ada dalam kalangan pemimpin UMNO yang tidak pernah mahu berubah!

TOK ABA – Sokong sapa saja jadi PM asalkan bukan dari PH.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan