24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Didakwa perkauman, laporan Al Jazeera tidak benar

Mesti Baca

KOTA TINGGI – Laporan portal berita antarabangsa, Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik Covid-19 adalah tidak benar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kerajaan sedaya upaya menyelamatkan negara daripada penularan Covid-19.

Jelas beliau, langkah saringan yang dijalankan adalah tindakan bagi mengawal penularan wabak itu daripada terus menjangkiti orang lain.

“Menyelamatkan warganegara atau bukan warganegara adalah tindakan di bawah Akta 342 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu menangani wabak Covid-19.

“Apa yang kita buat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah perlu memastikan semua yang dikesan (Covid-19), disaringkan dan diasingkan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dokumentari Al Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19.

Adham menegaskan, isu tersebut perlu diperbetulkan kerana ia membabitkan imej negara.

Katanya, saringan yang dijalankan adalah antara tindakan mengawal penularan jangkitan wabak itu.

“Kita perlu perbetulkan dakwaan ini. Kerajaan melalui Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri perlu membetulkan dakwaan ini,” katanya.

Adham berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelitup Muka serta Sabun Antiseptik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, di Kota Tinggi, hari ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan