25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Messi enggan sambung kontrak, mungkin sertai City atau Juventus?

Mesti Baca

TIMBUL pelbagai spekulasi bahawa bintang bola sepak dunia, Lionel Messi enggan menyambung kontraknya bersama Barcelona sehingga dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Juventus.

Khabar angin tersebut tersebar luas selepas penyerang prolifik dari Argentina itu dikatakan berang terhadap pihak pengurusan berikutan kebocoran dalam laporan media seolah-olah memperlihatkan beliau menjadi punca beberapa permasalahan dalam kelab gergasi Sepanyol itu.

Malah ikon bola sepak berusia 33 tahun itu dilaporkan turut dituduh menjadi dalang bertanggungjawab berhubung penyingkiran jurulatih Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Messi yang juga pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or juga didakwa kecewa dengan kelabnya berikutan kegagalan Barcelona untuk membawa pulang Neymar Jr dari PSG kembali ke Nou Camp.

Faktor tersebut secara tidak langsung membuatkan banyak khabar angin tersebar dengan mendakwa Messi akan menyertai Manchester City untuk berkhidmat di bawah bos lamanya Pep Guardiola.

Kontrak Messi bersama Barcelona akan tamat pada musim hadapan iaitu bagi musim 2020/2021.

Bahkan bekas bintang Brazil, Rivaldo turut memaklumkan, apabila kontraknya tamat, Messi sudah berusia 34, tetapi dengan kualiti dan kelasnya, dia boleh beraksi dengan mudah dalam Liga Perdana Inggeris.

“Memang sedih melihat dia meninggalkan Barcelona, tetapi itu hak dia untuk bersama semula dengan Pep Guardiola. Ini kerana mereka amat serasi dan mempunyai hubungan baik ketika di Barcelona dahulu,” katanya seperti dipetik dalam portal The Sun.

Advertisements

Selain Manchester City, Rivaldo turut mendakwa, ramai ejen bola sepak mengimpikan untuk melihat Messi menyertai Juventus sekali gus bergandingan dengan bintang, Christiano Ronaldo.

“Bayangkan jika benar-benar terjadi gandingan Messi-Ronaldo ini. Ia ibarat menjadi satu yang `Boom’ kepada dunia bola sepak.

“Saya juga percaya Juventus akan dapat pulangan dengan cepat di atas apa juga pelaburan dikeluarkan yang bakal diraih daripada peningkatan tontonan, peminat selain pemasaran menerusi kemasukan pemain Argentina itu,” ujar Rivaldo yang juga merupakan bekas pemain Barcelona (1997-2002).

Bagaimanapun, menurut Persiden Barcelona Josep Maria Bartomeu, Messi akan kekal di Nou Camp walaupun banyak desas desus bahawa dia akan meninggalkan kelab.

“Messi mahu menyambung dan akan menamatkan kariernya di sini, dia masih panjang masanya di sini dan kita akan bergembira bersamanya untuk masa lebih lama,” katanya seperti dipetik dalam The Mirror UK.

Berdasarkan statistik, Messi sudah menyumbat 700 gol meliputi 630 gol dalam 724 penampilan bagi Barcelona.

Anak emas Barcelona itu, kini memegang rekod jumlah gol terbanyak dengan 441 jaringan menerusi 480 perlawanan dalam La Liga Sepanyol selain 70 gol bagi pasukan kebangsaannya, Argentina.

Sebagai rekod, Messi membantu Barcelona menjulang 10 kejuaraan La Liga, enam Piala Sepanyol, empat Liga Juara-Juara UEFA, tiga Piala Super UEFA dan tiga Piala Kelab Dunia FIFA.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan