32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Untung RM300 setengah jam hasil jual durian atas motosikal

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

“SEHARI boleh untung bersih RM 30O, bergantung kepada rezeki hari tersebut. Kadang tak sampai setengah jam habis.”

Demikian pengakuan peniaga durian bermotosikal, Ade Firdaus yang menjaja durian di sekitar Sungai Buloh, Selangor ketika ditemui Edisi 9, petang semalam.

ADE FIRDAUS melayan salah seorang pelanggannya sejurus tiba di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini semalam.
ADE FIRDAUS melayan salah seorang pelanggannya sejurus tiba di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini semalam.

Ade Firdaus berkata, dia baharu menjual durian atas motosikal sejak hari kedua Aidilfitri sedangkan sebelum ini dia bekerja sebagai jurujual buah-buahan import di tapak pasar malam Sungai Buluh dengan gaji RM150 sehari.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, pasar malam sudah tidak boleh lagi beroperasi. Saya mengunakan pengalaman tersebut menjual raja buah ini”, jelasnya.

Buah durian pelbagai gred yang diambil daripada peraih lori dari Johor yang datang menurunkan di bahu jalan utama Sungai Buloh-Kuala Selangor berhampiran Kolej Vokasional Sungai Buloh.

ADE Firdaus melayan pelanggan yang berkunjung sebaik tiba di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini semalam.

Kebanyakan peniaga durian akan mengambil buah ini secara borong apabila lori tiba pada jadual dan masa tertentu.

“Saya akan mengambil secara pukal pelbagai gred buah yang diturunkan. Biasanya gred IOI, musang king, udang merah, D2, D24 dan durian kampung.

“Harga pukal lori adalah harga borong jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa,” jelasnya lagi.

Menurut Ade Firdaus, buah durian yang diambil hanya perlu memenuhi bakul dengan mengikut berat maksimum 60 kilogram sahaja sekali ambil dan tidak mengikut berapa biji seperti kebanyakan penjual yang lain.

PELANGGAN sedang menikmati durian di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini semalam.

Ada kalanya durian yang diambil telah hampir rosak dengan kadar jualan bermula RM 10 ke RM 25 sekilogram mengikut saiz dan gred buah.

Ade Firdaus menggunakan motosikal sewa harian dengan kadar RM 5 dan bergerak di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Rahman Putra dan kawasan sekitar Paya Jaras dalam waktu operasi jam 12 tengahari sehingga habis jualannya.- Edisi 9

SALAH satu isi durian jenis IOI yang dijual Ade Firdaus di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini petang semalam.
SEORANG pelanggan sedang memilih buah durian untuk dinikmati segera yang dijual Ade Firdaus di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor di sini petang semalam.
HASIL jualan dikira selepas 30 minit menjaja di bahu jalan utama Sungai Buloh- Kuala Selangor.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan