30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jadikan kepulangan berhari raya di kampung peristiwa bermakna, elak merana

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SELEPAS gagal menziarahi keluarga pada 1 Syawal lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, umat Islam di seluruh negara kini berpeluang melakukan perkara tersebut selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri dilakukan mulai semalam.

Kebenaran rentas negeri itu diberikan selepas kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa 10 Jun hingga 31 Ogos tahun ini, setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat pada 9 Jun lepas.

Walaupun kebenaran bertemu keluarga dilonggarkan pada PKPP, namun kelonggaran itu tidak bermakna negara telah bebas sepenuhnya daripada ancaman virus Covid-19 dan rakyat perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak itu.

Atas kebenaran tersebut, aliran trafik di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan lebuh raya-lebuh raya lain dijangka meningkat sehingga 15 peratus mulai hari ini sehingga Ahad kerana mengambil peluang cuti hujung minggu dan para pelajar sekolah juga masih bercuti.

Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Zuhairee Mohd Yatim memberi pesanan kepada umat Islam yang ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga pada hujung minggu ini agar menjadikan pertemuan tersebut sebagai satu pertemuan cukup unik dan cukup bermakna tetapi tidak menukarkannya pula menjadi suatu peristiwa yang merana.

Advertisements

Dalam wawancara eksklusif bersama Edisi9 di Kuala Lumpur semalam, Mohd. Zuhairee mengingatkan umat Islam agar mementingkan keselamatan dan berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengelak dari berlakunya kemalangan yang membawa merana.

MOHD. ZUHAIREE MOHD YATIM.

Ditanya mengenai Masjid Wilayah Persekutuan ketika PKPP, beliau berkata, masjid itu belum lagi dapat dibuka untuk orang ramai melakukan ibadat kerana masjid itu berada di kawasan zon kuning.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam mengumumkan, mulai hari ini umat Islam boleh melakukan solat berjemaah di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan yang berada dalam zon hijau.

NOTIS yang diletakkan di pintu pagar utama Masjid Wilayah Persekutuan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pembukaan masjid atau surau di kawasan mereka dan untuk Masjid Wilayah Persekutuan, mereka boleh menghubungi laman sesawang http://www.masjidwilayah.gov.my/ atau merujuk kepada hantaran Facebook Masjid Wilayah Persekutuan. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan