30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2.3 juta pemohon baharu, rayuan BPN diluluskan – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah sebanyak 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap BPN akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

Walaupun begitu, puluhan ribu pemohon baharu dan perayu lain tidak diluluskan termasuk lebih 1,000 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad yang hilang pekerjaan selepas penutupan syarikat akhbar itu akhir tahun lalu.

BPN merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat bernilai RM260-bilion. Kementerian Kewangan membuka permohonan baharu dan rayuan antara tempoh 1 – 30 April, 2020.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan