26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ismail Sabri Yaakob

PM mahu FAM contohi pasukan Vietnam, Chelsea

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meningkatkan pembangunan di peringkat awal sepertimana dilakukan oleh pasukan Vietnam dan Chelsea. Beliau berkata, pasukan Vietnam yang 15 tahun dahulu berada di ranking ke-172 dunia tetapi...

Keluarga Malaysia bantu kedudukan Indeks Pemulihan Covid-19

PENYATUAN Keluarga Malaysia dalam menempuh pendemik COVID-19 telah membantu negara berada pada kedudukan ke-13 dalam Indeks Pemulihan Nikkei Covid-19. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indeks pencapaian berkenaan mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti...

51,532 mangsa banjir telah terima Bantuan Wang Ihsan

SERAMAI 51,532 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat pukul 1 tengah hari tadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat berkenaan boleh segera menghubungi Pegawai Daerah...

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu banjir 20 Januari ini

MESYUARAT Khas Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan bencana banjir yang melanda negara akan diadakan pada 20 Januari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan berkenaan akan merangkumi isu banjir termasuk bantuan serta persediaan...

Ismail Sabri enggan layan spekulasi rombakan Kabinet

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan melayan spekulasi berhubung rombakan Kabinet yang didakwa akan dilakukan beliau dalam tempoh terdekat. Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, tumpuannya kini terhadap usaha menangani banjir dan pascabencana selain membendung penularan wabak COVID-19. “Belum tiba masanya...

Pengurusan banjir negara akan dipertingkat – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mempertingkatkan lagi pengurusan banjir negara bagi menghadapi bencana itu pada masa depan. Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan mengadakan mesyuarat sejurus Monsun Timur Laut berakhir...

28,287 mangsa banjir terima BWI setakat ini – Ismail Sabri

SERAMAI 28,287 ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di seluruh negara telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 12 tengah hari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah lebih 60 peratus daripada keseluruhan 46,162...

Sambutan tahun baharu diganti solat hajat, doa selamat – PM

SAMBUTAN Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan diganti dengan solat hajat serta majlis doa selamat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Perdana Menteri, ia bagi menghormati dan bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri pada masa...

Ramai menteri sudah pulang tapi perlu kuarantin – PM

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beberapa menteri Kabinet yang berada di luar negara ketika banjir besar melanda beberapa negeri, sudah kembali ke tanah air. Menurut Perdana Menteri, beberapa lagi menteri yang masih berada di luar negara pula sedang berusaha...

Taman Sri Muda kembali ‘bercahaya’ – PM

TAMAN Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir telah kembali memperoleh bekalan elektrik. Perkhabaran baik itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran beliau di Facebook. Beliau berkata, Taman Sri Muda telah kembali bercahaya malam...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...
- Advertisement -spot_img