28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Taman Sri Muda kembali ‘bercahaya’ – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAMAN Sri Muda, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir telah kembali memperoleh bekalan elektrik.

Perkhabaran baik itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran beliau di Facebook.

Beliau berkata, Taman Sri Muda telah kembali bercahaya malam tadi.

“Terima kasih seluruh warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Advertisements

Sementara itu, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan elektrik di 284 kawasan di Pahang, Negeri Sembilan (24), Kuala Lumpur (117) dan Selangor (121) telah dipulihkan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

Menurut TNB, jika banjir sudah surut, tetapi masih belum menerima bekalan elektrik disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan.

Jelas TNB, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Para pelanggan (TNB) dinasihatkan supaya kekal selamat dan sentiasa berhati-hati. Jangan bermain air banjir atau sentuh, potong atau tarik pokok tumbang berdekatan talian elektrik,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan