26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Banjir: Beberapa laluan di Selangor masih ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA laluan di Selangor yang masih dinaiki air ditutup, susulan banjir yang masuk hari ketujuh, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah penutupan jalan sejak Sabtu lalu itu semakin berkurangan berbanding sebanyak 71 laluan pada hari kedua banjir, Ahad lalu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan berkata, dua laluan masing-masing di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan IPD Kuala Selangor yang ditutup kepada kenderaan sehingga jam 4 pagi tadi.

Di kawasan pentadbiran IPD Petaling Jaya, laluan yang ditutup kepada kenderaan adalah jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang serta Jalan PJU 7, hadapan MRT, Mutiara Damansara.

Bagi IPD Kuala Selangor pula, laluan yang ditutup Jalan Kuala Selangor-Meru dan Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya.

Sementara itu, hanya satu laluan ditutup masing-masing di lapan kawasan pentadbiran IPD lain, antaranya IPD Subang di Lorong Ikan Haruan, Ikan Puyu, Ikan Seluang Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights.

Manakala IPD Kuala Langat di Jalan Olak Lempit ke klia, IPD Sepang di jambatan FT 31 Dengkil-Banting dan IPD Hulu Selangor di Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja.

Seterusnya IPD Sabak Bernam di Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim dan IPD Sungai Buloh di Jalan BRP 7/2, Bukit Rahman Putra.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan