32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Keluarga Malaysia bantu kedudukan Indeks Pemulihan Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYATUAN Keluarga Malaysia dalam menempuh pendemik COVID-19 telah membantu negara berada pada kedudukan ke-13 dalam Indeks Pemulihan Nikkei Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, indeks pencapaian berkenaan mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

“Tahniah Keluarga Malaysia! Ianya adalah hasil dari kerja keras dan semangat penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia dalam menempuhi pandemik COVID-19 ini bersama.

“Alhamdulillah, Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia yang tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk wira-wira negara iaitu #frontliners yang bertungkus lumus memelihara rakyat dan negara daripada ancaman wabak COVID-19 ini.

“Ya, kita berada dalam tempoh pemulihan negara daripada musuh dunia ini iaitu COVID-19.

“Pelbagai cabaran dan dugaan sudah kita tempuhi, namun semangat sebagai sebuah keluarga perlu senantiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama.

Bagaimanapun menurutnya, walaupun negara mencapai indeks yang terbaik, masyarakat dinasihatkan untuk tidak sesekali alpa.

“Senantiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsikan Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19.

Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, setakat 31 Dis lepas Malaysia berada di kedudukan ke- 13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai di tempat paling atas dengan 82 mata, dikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan