Thursday, June 4, 2026

Tawaran Arsenal dapatkan Timber ditolak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL diminta meningkatkan tawaran bagi mendapatkan pertahanan Belanda, Jurrien Timber selepas bidaan pertama berjumlah RM178 juta ditolak Ajax.

Pemain berusia 22 tahun itu dinilai pada harga RM298.9 juta dan dilaporkan berminat untuk menyertai The Gunners.

Pengurus, Mikel Arteta mahu mendapatkan Timber untuk diletakkan di posisi pertahanan kanan dan mampu beraksi di bahagian tengah seperti yang dilakukan Oleksandr Zinchenko di sebelah kiri.

Arsenal percaya perjanjian dapat disepakati antara kedua kelab sambil Liverpool dan Manchester United turut mengintai peluang untuk mendapatkan pertahanan tersebut.

Kelab utara London itu diberikan bajet sebanyak RM1.069 bilion untuk berbelanja musim panas ini dan sudah memulakan usaha mendapatkan Declan Rice dan Kai Harvertz.

Arsenal turut mempertimbangkan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia sebagai opsyen dengan Granit Xhaka dan Thomas Partey bagi dijual kelan berkenaan.

Dalam pada itu, pertahanan Red Bull Leipzeig, Mohamed Simakan merupakan calon lain jika perbincangan dengan Ajax bagi mendapatkan Timber menemui jalan buntu.

Timber menyertai Ajax sewaktu remaja pada 2014 dan melakukan debut untuk pasukan senior pada 2020.

Pertahanan antarabangsa Belanda itu telah melakukan sebanyak 121 penampilan untuk kelab tersebut dan 47 daripadanya adalah ketika diturunkan pada musim ini. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan