27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Taktik baharu ‘scammer’ guna logo polis perdaya mangsa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesan taktik baharu bagi tujuan penipuan atau scammer bagi memperdaya mangsa dengan mengemukakan waran tangkap atau notis kehadiran yang mempunyai logo polis.

Ketua Polis Perak, Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sehingga kini terdapat dua laporan diterima berkenaan tandatangan yang menggunakan jawatan disandangnya dan Ketua Polis Perlis.

Katanya, bagi kes pertama, pengadu yang merupakan peniaga kedai makan di Teluk Intan mendakwa menerima panggil mendakwa kiriman barang yang dibuatnya mengandungi barangan terlarang di atas namanya.

Beliau berkata, pengadu juga dikatakan terlibat dalam kes berkaitan dadah dan pengubahan wang haram serta mempunyai waran tangkap.

“Notis kehadiran yang mempunyai logo polis dan perjawatan Ketua Polis Perak telah dihantar sindiket ke telefon bimbit pengadu.

“Namun, pengadu tidak terpedaya dan tidak mengalami sebarang kerugian. Pengadu telah hadir ke balai polis bagi membuat laporan kejadian,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sindiket penipuan menerusi telefon merupakan penyumbang utama kepada jenayah penipuan atas talian di Perak.

Advertisements

Sepanjang tahun lalu, sebanyak 358 kes berkaitan telah dilaporakn dengan kerugian berjumlah RM8,088,363.49. 

Modus operandi sindiket adalah menyamar sebagai pihak berkuasa mendakwa wujud transaksi kewangan, bil tertunggak, hutang, penyalahgunaan kad bank dan sebagainya.

Sementara itu, bagi kes kedua, Mohd. Yusri berkata, bagi kes kedua, pengadu menjadi mangsa sindiket yang mendakwanya terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan penggelapan wang berjumlah RM2.8 juta.

“Mangsa telah diperdaya dengan mendedahkan maklumat peribadi dan bank sehingga mengalami kerugian sebanyak RM98,000 telah dikeluarkan sindiket secara pindahan wang,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang urusan berkaitan perbankan melalui telefon.

“Letak dahulu panggilan dan periksa dengan pihak berkenaan secara bersemuka. Polis tidak sesekali menjalankan urusan berkaitan jenayah secara perbualan telefon melainkan untuk memaklumkan mengenai perjumpaan secara bersemuka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan