26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Elak ketirisan sumber negara – Pemangku Raja Perlis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMANGKU Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar berusaha mengelakkan berlakunya ketirisan sumber negara.

Baginda bertitah, tanggungjawab itu bukannya mudah tetapi perkara itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memahami kesan-kesan buruk ketirisan.

Semua pihak mempunyai tanggungjawab moral masing-masing. Oleh itu wajar sekali nilai-nilai murni sejagat dan kesedaran keagamaan diterapkan secara berterusan ke dalam minda setiap anggota masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.

Advertisements

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia bertitah, seluruh jentera kerajaan diseru bertindak dengan cekap dan bijaksana dalam menguruskan sumber-sumber dan keutamaan negara serta organisasi.

Pembangunan sumber manusia tidak boleh diabaikan, malah perlu terus ditambah baik agar segala program dan projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan menepati matlamatnya.

“Pada masa yang sama kerjasama lebih erat dan inisiatif daripada semua pihak, termasuk sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan diperlukan untuk merancakkan lagi agenda pembangunan negara kita,” titah baginda. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan