25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Meta kurangkan 10,000 pekerja minggu depan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GELOMBANG penamatan perkhidmatan syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat Meta akan diteruskan dngan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan.

Memetik laporan Vox, Presiden Meta Hal Ehwal Global, Nick Clegg dilaporkan berkata gelombang ketiga akan berlaku pada minggi depan semasa mesyuarat agung syarikat pada Khamis.

Pada Mac, ketua Meta Mark Zuckerberg mengumumkan penamatan perkhidmatan dijangka pada akhir April dan Mei.

Meta dijangka mengurangkan saiz pasukannya kira-kira 10,000 orang, selain menutup 5,000 jawatan yang tidak diisi, kata Zuckerberg.

Advertisements

Pemecatan akan diteruskan sama seperti April, di mana 4,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan, Clegg berkata semasa mesyuarat itu.

Penamatan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada “Tahun Kecekapan” Meta yang diumumkan oleh Zuckerberg.

Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan prestasi kewangan bagi melaksanakan visi jangka panjang syarikat, katanya.

Produk meta termasuk platform media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi pemesejan WhatsApp. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan