26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Annuar Musa pakai serba hijau, beri isyarat sertai PAS?

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemimpin UMNO dipecat, Tan Sri Annuar Musa dilihat mengenakan pakaian berwarna hijau dipercayai isyarat penyertaannya dalam parti Pas.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis, bekas Setiausaha Agung UMNO itu turut menyifatkan kehidupan seperti sebuah perjalanan.

“Semoga hari ini menjadi permulaan kepada hari hari yang lebih baik buat semua.

“Kehidupan adalah sebuah perjalanan. Ia tetap berliku namun mereka yg tabah dan sabar akan jadikan setiap langkah sebagai dorongan kearah kecemerlangan dan kejayaan, insyaallah,” katanya di Facebook semalam.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu merupakan antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Kata Takiyuddin, pengumuman penerimaan keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan dibuat pada penghujung bulan ini.

Tambahnya, kesemua bekas pimpinan UMNO itu akan dipertimbangkan untuk diberikan tempat sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan