34.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 25, 2024

Tourism Malaysia promosi produk pelancongan di Bangladesh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TOURISM Malaysia mempromosikan produk pelancongan tempatan di Dhaka Travel Mart (DTM) 2023 dengan memulakan misi jualannya yang berlangsung di beberapa bandar utama, termasuk Dhaka, Chattogram dan Sylhet di Bangladesh dari 21 hingga 25 Mei 2023.

Delegasi Malaysia akan diketuai oleh Timbalan Pengarah Antarabangsa Bahagian Promosi (Asia & Afrika), Hafiz Hazin yang turut disertai rakan perdagangan pelancongan daripada pengendali pelancongan, ejen, pengusaha hotel, syarikat penerbangan serta penyedia pelancongan dan aktiviti, termasuk wakil daripada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS).

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pengalaman perjalanan alternatif dan unik, Malaysia telah mempelbagaikan produk pelancongannya untuk memenuhi pelbagai jenis pengembara.

Pada masa sama, Malaysia juga mempromosikan produk perubatan, pendidikan, dan ekopelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong dari Bangladesh dan negara-negara lain di Asia Selatan.

Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd. Ghapar berkata pihaknya percaya Bangladesh ialah salah satu pasaran penting dan oleh itu kami komited untuk mengukuhkan kehadiran dan bekerjasama menerusi pelancongan di rantau ini.

Advertisements

Penyertaan Tourism Malaysia di DTM 2023 adalah platform untuk menaikkan nama Malaysia dengan mempamerkan penawaran produk pelancongan yang unik di samping menjalin hubungan yang lebih erat dengan rakan sejawatannya dari Bangladesh.

Pada 2022, Malaysia berjaya mencatatkan 10,070,964 ketibaan pelancong antarabangsa dan mengalu-alukan 59,033 pelancong Bangladesh.

Jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 16.1 juta ketibaan pelancong antarabangsa, dengan RM49.2 bilion dalam penerimaan pelancongan, seperti yang disasarkan dalam 2023.

Pada masa ini, permohonan visa ke Malaysia boleh dibuat secara dalam talian melalui eVISA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Faisal dibenar keluar hospital, teruskan rawatan di rumah

KETIKA isu jenis kenderaan yang digunakan Faisal Halim ketika kejadian simbahan asid terhadapnya awal bulan ini menjadi perbualan, pemain...

Lagi Artikel Berkaitan