25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 16, 2024

Zahid tiba di Hong Kong untuk lawatan rasmi ke China

Mesti Baca

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong malam ini bagi memulakan lawatan rasminya ke China.

Ketibaan Zahid disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong, Muzambli Markam serta kakitangan konsulat dan wakil-wakil agensi kerajaan yang berada di sana.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dijadualkan bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Joh Lee Ka-Chiu esok.

Zahid berkata, pertemuan tersebut bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dan meneroka potensi baharu khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, inovasi teknologi serta memperluaskan lagi perkongsian strategik yang bermanfaat untuk kedua-dua negara.

Advertisements

“Ini merupakan lawatan pertama saya sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kehadiran saya adalah dalam rangka lawatan rasmi ke Republik Rakyat China bermula hari ini sehingga 1 Jun 2024 bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China,” katanya menerusi media sosial beliau sebentar tadi.

Sebelum itu, Zahid berkata, lawatan beliau bermula hari ini sehingga 1 Jun itu bakal menyaksikan beberapa kerjasama di antara kerajaan, agensi dan syarikat swasta.

Beliau berkata, fokus pastikan akan diberikan kepada bidang teknologi, industri TVET dan pelbagai perdagangan dua hala.

“Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang utuh di antara Malaysia dan China,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rakyat marah bukan penyelarasan subsidi tapi soal janji

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, kemarahan rakyat kepada kerajaan hari ini bukan kerana melaksanakan penyasaran subsidi...

Lagi Artikel Berkaitan