28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor Isnin ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 99 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air Isnin ini bermula pukul 9 pagi.

Air Selangor menerusi kenyataan berkata, gangguan tersebut adalah berpunca daripada pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan. 

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada pulul 9 malam, 24 Mei 2023,” katanya hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, kerja-kerja pembaikan itu melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. 

Oleh yang demikian, katanya, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang terjejas menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan