27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Puad jangka PAS-BERSATU akan berpisah kerana Tun M

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjangkakan hubungan PAS dan Bersatu akan terlerai berpunca dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwaan beliau itu merujuk kepada ‘Proklamasi Orang Melayu’ diasaskan Dr Mahathir yang turut ditandatangi PAS baru-baru ini sebagai tanda sokongan.

Tandatangan itu dibuat tanpa kehadirian pemimpin tertinggi Bersatu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kenapa Muhyiddin dan Hamzah tidak sign (tandatangan)? PAS-UMNO berpisah kerana Muhyiddin. 

“Kali ini PAS-Bersatu akan berpisah kerana Tun M. Konvensyen Kerajaan Perpaduan minggu depan lebih realistik,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Advertisements

Dalam masa sama, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, menyifatkan tiada beza antara Kongres Maruah Melayu pada 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023 kerana kedua duanya ditaja oleh Dr Mahathir.

Malah, beliau membidas tindakan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa untuk orang Melayu ketika berkuasa, sebaliknya hanya ‘bertindak’ ketika tidak berjawatan.

“Tidak ada beza Kongres Maruah Melayu 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023. Kedua duanya ditaja oleh Tun M. Kongres Maruah Melayu diadakan ketika Mahathir PM ke 7.

“Masa itu dia berkuasa. Apa dia buat? Banyak aset orang Melayu terjual termasuk aset Tabung Haji. Tahun 2023 dia tidak ada kuasa. Tetapi taja Proklamasi Orang Melayu pula.

“Masa berkuasa tidak buat apa. Masa tidak berkuasa nak buat apa? Masalahnya ada yang tidak serik serik. PAS sign proklamasi itu. Beberapa pemimpin Bersatu juga sign,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan