25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pengagihan subsidi petrol tidak adil – Shahrir

Rafizi mengambil masa yang terlalu lama untuk memperkenalkan pelan subsidi bersasar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SISTEM pengagihan subsidi petrol menyeluruh yang dilaksanakan kerajaan disifatkan tidak adil kerana golongan berpendapatan tinggi (T20) turut mendapat manfaatnya.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abddul Samad berkata, sehingga kini Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengambil masa yang terlalu lama untuk memperkenalkan pelan subsidi bersasar.

Menggunakan tanda pagar ‘politik jujur’ dan ‘kuasa yang tidak jujur’, beliau berkata, rakyat menunggu harga petrol lebih rendah sehingga RM1.50 seperti yang dijanjikan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kereta Mercedes pun pakai RON 95. Sama macam Myvi dan kapcai.

“Itu dikatakan subsidi pukal. Semua dapat. Tidak kira (golongan) T20 atau B40. Kena tunggu Pelan Subsidi Bersasar Rafizi.

“Harga petrol RM1.50? Khas untuk B40? Jun depan, katanya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Harga RON95 bagi minggu 4 hingga 10 Mei kekal pada RM2.05 sen seliter sementara bagi RON97 (RM3.35) dan diesel (RM2.15).

Semalam, tular dalam media sosial seorang ahli Parlimen mengisi minyak RON 95 bersubsidi di dalam kereta mewahnya.

Rafizi pada Disember lalu berkata, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan menurunkan harga runcit bahan api.

Katanya, banyak faktor perlu diambil kira kerajaan termasuk keupayaan kewangan semasa negara.

Rafizi ketika menjadi pembangkang, pernah mencetuskan formula bagi mengurangkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan