32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM hadiri rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Sabah Ahad ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Sabah, Ahad ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Ariffin Arif yang juga pengerusi utama penganjur acara itu berkata, Anwar sebelum ini menerima jemputan kerajaan negeri untuk menghadiri rumah terbuka itu yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Dr Norlidah RM Jasni.

Advertisements

“Turut serta, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan anggota Kabinet Negeri pada sambutan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Orang ramai turut dijemput hadir memeriahkan majlis berkenaan yang dijadual bermula pada jam 10 pagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan