27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Musa Hitam selamat jalani pembedahan otak

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh ketika berkebun pada minggu lepas.

Perkara tersebut dikongsikan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Tan Sri Nazir Razak di laman Instagramnya pada Selasa.

Katanya, bekas TPM itu sedang beransur pulih dan kini sudah mampu berjenaka seperti biasa.

“Tun Musa meluangkan masa pada hari jadinya ke 89 tahun di atas meja bedah. 

Advertisements

“Secara keseluruhannya proses pemulihan beliau adalah sangat ajaib setakat ini.

“Tun Musa sudah boleh melawak kembali. Mari kita sama-sama mendoakan beliau sembuh dengan sepenuhnya, boleh kembali bermain golf dan sebagainya,” kongsinya melalui hantaran tersebut.

Selain itu, turut kelihatan hadir melawat Musa ialah Pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan