Thursday, June 4, 2026

Ronaldo gagal bawa Al-Nassr ke ‘final’ King Cup

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MISI Cristiano Ronaldo membantu pasukannya, Al-Nassr mara ke peringkat akhir Piala King Cup musnah setelah tumbang 1-0 di tangan Al-Wehda.

Bintang berusia 38 tahun itu yang mengemudi jentera serangan pasukan gagal memghasilkan gol meskipun Al-Wehda beraksi dengan 10 pemain yang dilayangkan kad merah.

Al-Nassr beraksi dengan kehilangan khidmat ketua jurulatih, Rudi Garcia yang dipecat.

Ronaldo dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dengan pasukannya gagal mencipta peluang di pintu gol lawan.

Gol tunggal jaringan J.Beauguel pada minit ke-23 membawa Al-Wehda ke final.

Ronaldo melancarkan beberapa percubaan namun gagal tepat ke sasaran.

Kekalahan ini membawa Ronaldo kemarau piala di Arab Saudi selepas turut tersingkir daripada Riyadh Super Cup dan Saudi Super Cup. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan