Friday, June 5, 2026

Napoli semakin hampir rangkul juara Scudetto

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JARINGAN Giacomo Raspadori pada masa kecederaan memacu kemenangan Napoli ke atas Juventus dalam perlawanan Seria A di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Kemenangan  di laman lawan berjaya  meletakkan mereka berkelebihan 17 mata di atas carta liga sekaligus semakin hampir untuk meraih trofi Scudetto.

Napoli kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan menewaskan Salernitana pada Sabtu ini, selain mengharapkan Inter Milan untuk mengelak kekalahan di laman sendiri di tangan Lazio, Ahad ini.

Sekiranya keputusan ini memihak Napoli, mereka akan dinobatkan sebagai juara buat kali pertama sejak 1990.

Sepakan voli Giacamo Raspadori pada minit ketiga masa kecederaan meleraikan perlawanan dramatik itu.

Kelekaan pertahanan Juve dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan bimbingan Luciano Spalletti itu mengutip mata penuh.

Kemenangan ini juga mengubat kekecewaan Napoli setelah tewas di tangan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di peringkat suku akhir minggu lalu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan