27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Spurs mangsa kenduri gol Newcastle

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

NEWCASTLE United beraksi garang dalam memburu slot Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dengan membaham Tottenham Hotspurs 6-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di St. James Park pada malam tadi.

Magpies tidak perlu menunggu lama apabila Jacob Murphy membuka tirai jaringan pada minit kedua.

Empat minit selepas itu, pemain tengah Brazil, Joelinton meledak gol kedua dengan mudah menguis balingan jauh Fabian Schar tanpa dicabar pemain-pemain pertahanan Spurs.

Tuan rumah menambah derita anak-anak buah Cristian Stellini menerusi rembatan Murphy dari jarak 30 kaki pada minit ke-11.

Newcastle menambah jaringan di minit ke-19 melalui penyerang Sweden, Alexander Isak yang menyambut hantaran jarak jauh yang dibuat Joe Willock.

Isak kemudiannya mencipta gol ke-10 bersama Magpies dengan menyudahkan gerakan menarik pada minit ke-21.

Advertisements

Spurs yang ketinggalan 5-0 di St. James Park di babak pertama perlawanan menyebabkan ramai penyokong mereka mengambil keputusan untuk pulang awal dengan meninggalkan stadium.

Untuk rekod lima gol Newcastle dalam tempoh 21 minit itu merupakan kedua terpantas direkodkan dalam sejarah EPL. 

Pasukan pertama yang terpantas melakukannya ialah Manchester City dengan lima gol dalam 18 minit semasa menentang Watford pada musim 2019-2020.

Spurs yang semakin tertekan meningkatkan serangan dengan usaha mereka terhadil melalui jaringan Harry Kane pada minit ke-49.

Pemain gantian Callum Wilson mudah menolak bola muntah sepakan Miguel Almiron untuk gol keenam pada minit ke-67 sekaligus melengkapkan  kemenangan bergaya Toon Army. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan