32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Polis siasat lelaki tular halau mat rempit dengan kayu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS akan menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang lelaki yang memegang objek berupa kayu di tepi jalan dipercayai susulan tidak berpuas hati dengan sekumpulan penunggang motosikal.

Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan itu dilakukan berdasarkan rakaman video tular di TikTok petang semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat Geliga, jam 6.45 petang Sabtu.

“Kita turut mengesan semua pihak yang terbabit dalam kejadian berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan kejadian itu diminta tampil menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang menimbulkan rasa tidak berpuas hati dan sebaliknya perlu melaporkan kepada polis.

Menurutnya, semua pengguna jalan raya dinasihati supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Terdahulu, video tular memperlihatkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan dengan memegang objek dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan pemuda bermotosikal yang melalui tempat kejadian.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan