Thursday, July 23, 2026

Tiada kenaikan harga ayam, telur, minyak masak dikesan di Cyberjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kenaikan harga ayam, telur ayam dan minyak masak dikesan berlaku ketika pihak penguatkuasaan melakukan pemeriksaan Ops ATM di sekitar Cyberjaya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi hantaran di Facebook berkata, dalam pemeriksaan tersebut tiada harga jualan melebihi harga yang ditetapkan dikesan.

“Pasukan telah menjalankan pemeriksaan dimana, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak ada dijual di premis yang diperiksa.

“Bekalan di pasaran masih mampu menampung permintaan pengguna.

“Tiada kenaikan harga dikesan dan tiada harga jualan melebihi harga yang ditetapkan,”katanya.

Sehubungan dengan itu, KPDN berkata, peniaga diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,”katanya.

Ops ATM itu dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor Cawangan Sepang. – Edisi 9

Unit Media | KPDNHEP Selangor

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan