29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Pesawah, nelayan terima Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri RM200

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara  one-off RM200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, bayaran kepada  pesawah akan dibuat melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat pula menerusi Lembaga KemajuanNelayan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

“Pemberian bantuan khas kepada peswah dan nelayan ini dijangka memberi manfaat seramai 240,00 orang pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara.

Advertisements

“Pengumuman ini dibuat untuk memastikan nasib pesawah dan nelayan terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup pada masa kini,” katanya.

Selain itu, kenyataan sama menyebut, KPKM berharap bantuan ini dapat membantu pesawah dan nelayan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“KPKM turut menzahirkan komitmen untuk memastikan saluran pembayaran dibuat secara efisien dan teratur,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemarau: Elakkan pembakaran terbuka, guna air secara berhemah

ORANG ramai dinasihatkan agar mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka sepanjang Monsun Barat Daya yang akan melanda seluruh negara dijangka...

Lagi Artikel Berkaitan