28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Amelia Henderson kena bayar RM213,000 kepada A Aida

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Sesyen Sivil Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM213,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia, 28, selaku defendan telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.

Zulqarnain juga memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson memberi keterangan.

Ketika perbicaraan, pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad, 42, dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.

Advertisements

Namun, Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan, berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan