Friday, June 5, 2026

Gelagat kucing lompat atas imam ketika terawih curi tumpuan dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEBUAH video memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat tarawih mencuri tumpuan orang ramai seluruh dunia di media sosial sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika Imam Walid Mehsas mengimamkan solat tarawih di Bordj Bou Arreridj, Algeria.

Rakaman video itu menujukkan Imam Walid kekal tenang meneruskan bacaan doa meskipun kucing berkenaan memanjat dan cuba duduk di bahunya.

Video yang mula viral di seluruh dunia mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial memuji Imam Walid Mehsas yang tetap menyantuni kucing itu walaupun sedang mengimamkan solat tarawih.

Beberapa pengguna sosial media menyatakan kucing itu dilihat seolah berterima kasih kepada imam kerana mengalunkan bacaan ayat al-Quran yang indah melalui suara yang lunak. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan