Friday, June 5, 2026

Selangor bangkit atasi Negeri Sembilan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC bangkit dari ketinggalan dengan kemenangan penuh dramatik ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Petaling Jaya, pada malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan Selangor setelah dihadiahkan sepakan penalti.

Richmond Ankrah didapati menjatuhkan Casagrande dan Herold Guolon tidak berdepan masalah untuk menewaskan Khairulazhan Khalid untuk skuad Jang itu mendahului tuan rumah.

Selangor dilihat menguasai seluruh permainan di banak pertama namun buntu menjaringkan gol.

Selangor memperkemaskan aksi dan bermula garang di bahagian depan sebaik perlawanan bersambung untuk Faisal Halim menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Sharul Nazeem Zulpakar, muncul wira Selangor apabila menanduk masuk gol kemenangan Gergasi Merah dalam waktu kecedeeraan untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik Red Giants. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan