Friday, June 5, 2026

United tidak benarkan Greenwood jalani latihan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MASON Greenwood diberitahu supaya tidak turun jalani latihan di Manchester United sehingga awal musim depan sehingga siasatan dalam kelab berhubung dakwaan kes rogolnya selesai.

Penyerang berusia 21 tahun itu sebelum ini digantung United sejak Januari 2022 susulan pendakwaan kes pukul dan rogol ke atasnya namun kesemua pertuduhan digugurkan Polis Bandaraya Manchester bulan lalu.

Mempunyai kontrak sehingga 2025, Greenwood difahamkan mengadakan perbincangan dengan pegawai kelab memohon untuk kembali beraksi buat Red Devils.

Bagaimanapun, kelab gergasi Inggeris itu tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan dan mahu melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Ini kerana wujud kebimbingan dengan kembalinya Greenwood ke dalam pasukan akan menjejaskan bilik persalinan.

Perkara itu dilihat boleh mengganggu usaha United menamatkan saingan liga di kedudukan Liga Juara Juara, kempen Piala FA dan Liga Europa.

Pengurus, Erik Ten Hag pula enggan memberikan sebarang komen mengenai masa depan Greenwood dan menyerahkan segalanya kepada kelab.

Bekas penyerang England Bawah 21 Tahun itu kini kembali menerima gajinya sekitar RM383,000 seminggu sejak tuduhan digugurkan namun jika United mahu mengugurkannya, kelab itu perlu membayar pampasan kepada Greenwood. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan