33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Scotland lakar kejutan tundukkan Sepanyol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SCOTLAND melakar kejutan dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro 2024) apabila berjaya menundukkan Sepanyol, 2-0 di Stadium Hampden Park awal pagi tadi.

Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay menjadi wira Scotland apabila menjaringkan dua gol bagi memastikan tiga mata penuh milik pasukannya.

Ini merupakan gol keempat McTominay dalam dua perlawanan selepas turut meledak dua gol ketika menewaskan Cyprus 3-0 minggu lalu.

Kemenangan itu meletakkan Scotland di tangga teratas kumpulan A dengan enam mata meninggalkan Sepanyol di tempat kedua (tiga mata).

Pasukan di tangga ketiga, Norway pula sekadar seri 1-1 menentang Georgia sekali gus membuka peluang buat Scotland ke Euro 2024 yang akan diadakan di Jerman tahun depan.

Advertisements

Sementara itu, perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan tuan rumah Euro 2024, Jerman tewas 2-3 kepada Belgium di Stadium RheinEnergie.

Skuad Red Devils berada 2-0 dalam 10 minit pertama menerusi jaringan Yannick Carrasco pada minit keenam dan Romelu Lukaku pada minit kesembilan.

Niclas Fuellkrug merapatkan jurang buat Jerman menerusi sepakan penalti satu minit sebelum rehat.

Skuad kendalian Domenico Tedesco kembali membuka jurang pada minit ke-78 menerusi Kevin De Bruyne namun gol lewat Serge Gnabry tidak cukup untuk menghalang Belgium daripada meraih kemenangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan