Wednesday, July 22, 2026

ADUN di Johor dapat peruntukan tambahan RM60,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Johor meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM60,000 kepada setiap 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri berharap kesemua ADUN menggunakan peruntukan berkenaan sebaik-baiknya untuk manfaat rakyat dan bangsa Johor secara keseluruhannya.

Menurutnya, peruntukan membabitkan implikasi kewangan bernilai RM3.36 juta berkenaan akan disalurkan minggu ini.

“Sebelum mengakhiri penggulungan ini, izinkan saya berkongsi sedikit berita gembira untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.

“Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program Ramadan, manakala RM20,000 lagi untuk program Aidilfitri.

“Kerajaan Johor juga akan menambah lagi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk menjayakan agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan