Tuesday, June 16, 2026

Gadis tertusuk serampang, hospital minta bantuan bomba

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan serampang yang tertusuk paha kanan seorang gadis di Bintulu, Sarawak, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Bintulu bagi memohon bantuan khidmat khas itu pada pukul 1.37 pagi.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di Hospital Bintulu, didapati seorang gadis tertusuk besi serampang di paha kanannya.

“Bomba bertindak menggunakan peralatan khas (ring cutter) bagi memotong besi serampang itu,” katanya hari ini.

Menurutnya, selepas berjaya dikeluarkan mangsa diserahkan kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, punca kejadian itu tidak dapat dikenal pasti.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan